Bangkit selepas jatuh

Nak cerita tentang kesabaran dan ketabahan nak buat blog pun payah, inikan lagi nak post berkaitan mobilegraphy. Berfikir jer dari mula sampai sekarang tapi tak buat buat pun satu topik berkaitan mobilegraphy. Tapi yang penting catat semua idea dan topik di mana – mana macam dekat kertas, nota or phone. Senang nak buat rujukan sebab idea yang datang tetiba tu kalau tak catat nanti lupa.

Banyak Kali Tersungkur…

Sebelum buat blog tu proses nak kumpul idea nak kene masa lagi. Dengan sibuk bekerja, social dan lain lagi tak sempat nak fokus pada blog. Bila semua tu dah prepare maka bermula proses nak buat blog. Dah letak domain smart dah nama tak panjang. Just tambah .wordpress.com tu takpa lagi sebab tak mampu bayar. so adress atau domainnya dinamakan begini ahmdxrhn.wordpress.com then disebabkan sedikit masalah teknikal tema di WordPress (disebabkan tak baca manual dekat page tema tu) so ingat nak delete domain dan buat balik semula dengan nama adress yang sama tapi dah tak boleh. sedih bhaaii. Tengoklah domain yang sekarang ni. Ditambah lagi dengan kene suspended/block sebab bot diorang mark yang blog ni spam, semakin bertambah parah lah aku jadinya. So move on ke Blogger tapi Blogger nih banyak nak kene custom berbanding dengan wordpress yang mesra pengguna, tema banyak berbanding blogger. So buat kat blogger kejap then putus asa. Satu hari tu check balik email then report yang aku post pasal blog aku kene suspend tu akhirnya dah ditarik balik. Yeah, dan kini disini aku berada. Sedang menaip kisah cinta ni.  Nak pore, sembang, temberang pun tak guna jugak.

Jikalau putus harapan maka ingat kembali tujuan kita – AHMDXFRHN

Di sini saya kongsikan method yang saya gunakan untuk blog ini

Sebelum

  • jangan pressure diri. relax dan chill (jangan jadi macam saya yg rushing ni hahaha)
  • fokus blog nak cerita tentang apa (seperti saya akan menceritakan tentang mobilegraphy)
  • catat idea yang keluar. then baru susun(yang fakta atau pengalaman? catatkan)
  • adakah blog anda bebas atau tersusun? (seperti saya tersusun kerana perlu cerita basic dulu then baru ke complex)
  • sediakan dahulu perkara asas di blog (macam pengenalan, tentang penulis, contact dll)
  • kumpul semua bahan yang berkaitan (seperti saya perlukan gambar. bergantung kepada blog itu)
  • fikirkan tajuk yang sesuai untuk blog (seperti saya menggunakan logo singkatan dari nama saya sendiri)
  • isi kandungan mesti la tepat, jangan jadi blogger tak bertangggungjawab menyebarkan maklumat tak tepat (pesanan untuk diri sendiri jugak sebenarnya)
  • kalau tujuan nak jana pendapatan, better buat blog yang pengguna minat dan cari.
  • Kenalpasti target pembaca, kalau antarabangsa punya better dalam bahasa inggeris (macam saya ni nak pembaca negara saya paham. kesian diorang. bukan semua pandai english)

Semasa

  • pilih tema yang bersesuaian dengan blog dan menarik mata pembaca
  • tulis blog dimulakan dengan tajuk (tajuk cerita, senang nak rujuk nanti)
  • buatkan penyampaian nampak menarik dan tak membosankan macam blog ni *kidding ( boleh tambah seasoning seperti gambar dll)
  • pastikan pembaca jelas memahami apa yang nak disampaikan (sebab saya mengajar lol)
  • pastikan minat dengan perkara yang dibuat supaya tak tergantung di tengah jalan (macam saya ni sebab hobi)
  • keep up the momentum bebeh. Kalau penat rilex, then sambung balik sebab kalau dibiar nanti mereput. angan – angan mat jenin kata orang.
  • Biasakan dengan menu, setting yang ada dekat blog. Boleh cuba setiap satu. Ingat, Jangan takut untuk mencuba. Malu bertanya sesat jalan, kalau sesat boleh tanya google. Tapi better discover sendiri sebab tu semua pengalaman berharga untuk anda.

Selepas

dah tak tau nak kata apa dah sebab tips selepas pun dah bercampur dengan yang semasa. yang penting enjoy and discover. happy berblogging semua. kongsi pendapat, pengalaman dan ilmu sebab korang pun tak tahu kalau ada orang lain tahu apa yang anda tak tahu. Tak rugi pun. Ini zaman industry 4.0 punya yang dinamakan “internet of thing”  so semua maklumat hujung jari bak kata orang.

Bangkit bila ditolak jatuh Bangkitlah Semula! – Altimet

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s